Everest Trekking Routes Pvt. Ltd.
Govt. License No: 2358/074, Pan No: 605931031

Justin Tamin

Sewaktu saya ditugaskan oleh persatuan NOBAT untuk mendapatkan khidmat ‘trekking guide’ bagi ekspedisi NOBAT Himalaya 2013, saya telah menghubungi beberapa ‘trekking agent’ di Kathmandu melalui emel. Saya tertarik dengan laman web Rabin Gurung dan ‘testimonial’ dari beberapa individu yang penat mendapatkan khidmatnya. Rabin memberikan tawaran kos yang paling berpatutan. Dari raut wajahnya saja saya yakin dia adalah orang yang jujur dan’friendly’. Satu kelebihan lain ialah dia boleh berbahasa Malaysia.

Apabila bertemu dengan Rabin buat pertama kalinya di Kathmandu, memang sah bahawa kami telah membuat pilihan yang tepat. Sepanjang trekking, Rabin sangat professional dalam khidmatnya. Beliau flexible dan mudah diajak berunding. Kami tidak lagi menganggapnya sebagai pemandu jalan tetapi sebagai sahabat..kepada sesiapa yang ingin trekking di Himalaya, sila dapatkan khidmat Rabin. Saya percaya anda bakal membuat pilihan yang tepat.